NuffNang...

Friday, June 25, 2010

Lawatan ke Parlimen Malaysia

Pada 24 Jun 2010,kelas 5 SN 1,5 SN 2,5 AK 1 telah pergi lawatan ke Parlimen Malaysia.Seramai 75 orang murid termasuk 6 orang guru telah ke sana.Setiba di Kuala Lumpur, kami singgah sebentar di pintu masuk Istana Negara.Di sana,kami berkesempatan untuk bergambar di pintu masuk istana bersama pengawal dan pengawal berkuda selain dapat melihat sendiri suasana persekitaran istana.Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Parlimen Malaysia.Kami terpaksa meninggalkan telefon bimbit dan kamera diluar pintu masuk utama.Di luar pintu utama juga, kami dapat berjumpa dengan YB Idris Harun.Beliau memberi sedikit taklimat kepada kami tentang Parlimen Malaysia.Di dalam, kami dapat menyaksikan secara langsung bagaimana Dewan Rakyat dan Dewan Negara dijalankan.Disebabkan kami masuk ke Dewan Rakyat pada pukul 12.45 tgh hari, kami dapat melihat Dewan Rakyat bersidang selama 15 minit sahaja sebelum ditangguhkan pada pukul 1 tgh hari.Kami dapat pengalaman yang sungguh bermakna dalam hidup kami.

Selepas itu, kami singgah sebentar di Tugu Negara.Difahamkan Tugu Negara akan diruntuhkan kerana dianggap sebagai berhala.Sama ada sasih atau tidak khabar itu,saya tidak pasti.Dalam lebih kurang pukul 2 nak dekat 3 ptg,kami ke Masjid Negara untuk menunaikan solat zohor dan menjamakkan solat asar.Kami juga menyalin pakaian di sana.Pada pukul 4 petang,kami bertolak ke pusat membeli-belah Times Square.Kami diberi waktu daripada pukul 4.30 ptg hingga 7.30 malam utk ber'shopping' di situ.Ada antara kami membeli barang di Times Square,ada pula yang hanya membeli makan malam di sana.Kami tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka pada hampir pukul 10 malam.Kebanyakan gambar yang diambil sepanjang lawatan kami ke Kuala Lumpur telah dimuatkan ke dalam laman sosial Facebook.Ini antara teman yang telah meg'upload'kan gambar-gambar:

-Adib Afifi
-Hafizah
-Faiz Dinie


Kami pulang dengan pengalaman berharga dalam hidup kami...

Owner

My photo
Nama diberi, SHAHIDAH ALI dan berumur 20 tahun (buat mase nih).. Melanjutkan pelajaran di UiTM Melaka, mengambil Diploma Sains Komputer,Semester 5. InsyaAllah, ini semester terakhir. :D

Nak Cari Pe???