NuffNang...

Friday, August 6, 2010

KARNIVAL INOVASI ISLAM 2010



Bertarikh 5 OGOS 2010, Pelancaran Karnival Inovasi Islam telah diadakan di Kiblat Walk , Putrajaya. Turut diadakan Majlis Anugerah Inovasi Islam. Beberapa kategori telah disenaraikan antaranya Anugerah Masjid Mandiri yg telah dimenangi oleh Masjid Bandar Baru Uda. Portal Pendidikan Islam yg telah dilaksanakan oleh Cikgu Khairul Anuar bin Hj. Ramlan iaitu Guru Cemerlang Pendidikan Islam dari SM Teknik Perdagangan Johor telah menang. Link portal tersebut telah disenaraikan di bahagian PAUTAN blog.Selepas Upacara pelancaran dan penganugerahan, majlis diteruskan dengan Forum Perdana.

Friday, July 30, 2010

My Own Name???

IDAH


Japanese = イダー
Arabic = منظمة القاعدة
Belarusian = Каіда "
Catalan = Idaho
Chinese(Simplified) = 伊达
Chinese(Traditional) = 伊達
Russian = Каида "
Serbian = Идах
Yiddish = ידאַה

Minggu Penghayatan Kaunseling SMK Bukit Rambai 2010

Pada minggu depan,2 Julai kot..smpai ari jumaat, ader minggu penghayatan kaunseling... banyak aktiviti diadakan...khususnye utk pelajar smk bukit rambai...Pada ari selasa 2, ader senamrobik..Para pelajar tingkatan 4,ader PROGRAM KERJAYA bersama MSU (klau x salah r)..hanya dieowg yg dibenarkan utk pkai bju pjpk smpi alik..yg laen x bleh..abis jer senamrobik 2, yg laen kene salin bju alik...

Ari Rabu plak ader HARI KANTIN / HARI KOKURIKULUM...pelajar tingkatan 5 ader FORUM KERJAYA..sounds best..tp, plajar tingkatan 5 x dibenarkan pkai bju pjpk ari 2...Pas 2 plak,kteowg x dibenarkan mnjadi jurujual mase ari kantin 2...nih yg nk marah nih..erm,pe2 pown..ia dah diatur....

Mase minggu 2 jugak ader pertandingan EXPLORACE FOTOGRAFI...anjuran KELAB FOTOGRAFI yg diterajui oleh ckgu Zakri Zakaria...penyertaan disertai oleh 3 owg setiap pasukan, perlu bayar RM3 setiap kump n perlu ader CAMERA DIGITAL...camera laen x bleh...


KEPADA BEKAS2 PLAJAR SMK BUKIT RAMBAI.....

ANDA DIJEMPUT HADIR KE HARI KANTIN SEKOLAH SMK BUKIT RAMBAI
PADA ARI RABU NIH...BANYAK GERAI YG AKAN DIBUKA...PERNIAGAAN
SETIAP GERAI MENGGUNAKAN "CASH"...x der kupon.../
BUKAN BEKAS PLAJAR POWN BLEH HADIR JUGAK...rasenyer la...
JOM r DATANG NTUK MEMERIAHKAN HARI KANTIN SKOLA NIH...


sebarang event yg ditulis kat atas mgkin betol sepenuhnye...

Sekian..

Friday, July 2, 2010

Project Based Learning

Project Based Learning(PBL) difahamkan telah dilaksanakan buat kali pertama pada tahun ini iaitu tahun 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka.Kelas 5 ICT telah diberi tanggungjawab untuk menyiapkan PBL ini.Seramai 10 orang yang terlibat dalam PBL ini iaitu Shafeeq, Hafizi, Hazwan, Adib, Aniza, Adielah, Helwa, Syazwani, Shahidah dan Zulaikha. Saya bersama Adielah telah memutuskan untuk membuat PBL berdasarkan tajuk 'Global Warming'.Perlaksanaan PBL kami berjalan agar lancar dan hampir siap. Hanya perlu edit sedikit,cetak dan hiaskan di atas 'mountain board'.Project Based Learning ini telah lama diperkenalkan di Malaysia.Cuma,sekolah kami baru melaksanakannya.

Friday, June 25, 2010

Lawatan ke Parlimen Malaysia

Pada 24 Jun 2010,kelas 5 SN 1,5 SN 2,5 AK 1 telah pergi lawatan ke Parlimen Malaysia.Seramai 75 orang murid termasuk 6 orang guru telah ke sana.Setiba di Kuala Lumpur, kami singgah sebentar di pintu masuk Istana Negara.Di sana,kami berkesempatan untuk bergambar di pintu masuk istana bersama pengawal dan pengawal berkuda selain dapat melihat sendiri suasana persekitaran istana.Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Parlimen Malaysia.Kami terpaksa meninggalkan telefon bimbit dan kamera diluar pintu masuk utama.Di luar pintu utama juga, kami dapat berjumpa dengan YB Idris Harun.Beliau memberi sedikit taklimat kepada kami tentang Parlimen Malaysia.Di dalam, kami dapat menyaksikan secara langsung bagaimana Dewan Rakyat dan Dewan Negara dijalankan.Disebabkan kami masuk ke Dewan Rakyat pada pukul 12.45 tgh hari, kami dapat melihat Dewan Rakyat bersidang selama 15 minit sahaja sebelum ditangguhkan pada pukul 1 tgh hari.Kami dapat pengalaman yang sungguh bermakna dalam hidup kami.

Selepas itu, kami singgah sebentar di Tugu Negara.Difahamkan Tugu Negara akan diruntuhkan kerana dianggap sebagai berhala.Sama ada sasih atau tidak khabar itu,saya tidak pasti.Dalam lebih kurang pukul 2 nak dekat 3 ptg,kami ke Masjid Negara untuk menunaikan solat zohor dan menjamakkan solat asar.Kami juga menyalin pakaian di sana.Pada pukul 4 petang,kami bertolak ke pusat membeli-belah Times Square.Kami diberi waktu daripada pukul 4.30 ptg hingga 7.30 malam utk ber'shopping' di situ.Ada antara kami membeli barang di Times Square,ada pula yang hanya membeli makan malam di sana.Kami tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka pada hampir pukul 10 malam.Kebanyakan gambar yang diambil sepanjang lawatan kami ke Kuala Lumpur telah dimuatkan ke dalam laman sosial Facebook.Ini antara teman yang telah meg'upload'kan gambar-gambar:

-Adib Afifi
-Hafizah
-Faiz Dinie


Kami pulang dengan pengalaman berharga dalam hidup kami...

Owner

My photo
Nama diberi, SHAHIDAH ALI dan berumur 20 tahun (buat mase nih).. Melanjutkan pelajaran di UiTM Melaka, mengambil Diploma Sains Komputer,Semester 5. InsyaAllah, ini semester terakhir. :D

Nak Cari Pe???