NuffNang...

Monday, April 18, 2011

Cara Membuat Otak Korg Lebih Cerdas..

Inilah 11 cara bagaimana membuat otak anda lebih cerdas:

1. Latih kemampuan mengamati
Perhatikan disekitar anda. Rakam dalam fikiran apa yang anda lihat, mulai dari yang paling sederhana dan diteruskan dengan observasi yang lebih rumit.

2. Asah panca indra
Boleh dilatih dengan membezakan rasa makanan yang disukai dan yang tidak. Menyedari bau dan aroma di sekitar atau bunyi-bunyian yang ada di jalan atau mungkin rasa panas atau dingin udara di sekitar Anda.

3. Hafalkan nama teman-teman dan nombor telefon mereka.
Berapa ramai yang dapat diingat? Latih supaya mampu mengingat lebih banyak.

4. Pelajari sesuatu yang baru
Banyak membaca dan berkenalan dengan hal-hal lain yang mungkin bukan bidang anda, seperti mempelajari bahasa asing, pengetahuan tentang komputer, dan lain-lain.

5. Gunakan tangan supaya mengikuti petunjuk otak
Misalnya bermain gitar, mengetik tanpa melihat nota muzik, mengerjakan ukiran dari kayu, atau berlatih menulis halus.

6. Tekuni hobi
Gunakan kesempatan untuk mengembangkan hobi anda.


7. Pelajari dan hafalkan tarikh-tarikh penting
Tarikh lahir anggota keluarga, teman, atau perayaan tertentu.

8. Hafalkan sesuatu yang anda sukai
Boleh jadi itu puisi, lagu, kalimat dari sebuah buku atau kata-kata seseorang. Seboleh mungkin juga usahakan agar kata-kata yang digunakan adalah bahasa asing misalnya menghafal surah-surah dalam al-Quran

9. Latihan menghafal urutan angka berderet panjang
Misalnya menghafal nombor akaun bank anda : 32145687390282930498.
Ini adalah bentuk latihan memperbaiki daya ingat jangka pendek. Lakukan dengan mengelompokkan atau memecah bilangan itu menjadi beberapa bahagian, misalnya 3214568 kemudian 7390282 dan terakhir 930498.


10. Ingat perjalanan pribadi
Apa yang sedang anda kerjakan satu jam lalu, minggu lalu pada hari Rabu pukul 10.00, misalnya. Dengan siapa, di mana, dan seterusnya.

11. Ingat dan teliti ulang pengeluaran harian
Apa yang anda beli kelmarin? Berapa wang yang ada dalam dompet anda sekarang? Bila kali terakhir anda mengambil wang tunai, dan seterusnya.

Latihan-latihan ini akan memungkinkan sel otak tetap aktif dan jaringan penghubung antara sel otak semakin rapat. Kegiatan mental yang menantang meningkatkan jumlah sirkuit aktif atau sinapsis dalam otak. Semakin banyak sirkuit, semakin banyak asosiasi, makin besar pula kemampuan mengingat.


sumber copy-paste: Komuniti Bestari 2u

No comments:

Owner

My photo
Nama diberi, SHAHIDAH ALI dan berumur 20 tahun (buat mase nih).. Melanjutkan pelajaran di UiTM Melaka, mengambil Diploma Sains Komputer,Semester 5. InsyaAllah, ini semester terakhir. :D

Nak Cari Pe???